SABTU, 4 MAC 2023
KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri majlis perkahwinan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain dan isteri Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz bertempat di Damai Lagoon Resort di sini pada Jumaat.
Tun Pehin Sri Abdul Taib meluangkan masa lebih sejam pada majlis tersebut untuk beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz selepas kematian isteri pertamanya Puan Sri Datin Amar Fredahanam Mahmud, adik kepada Tun Pehin Sri Abdul Taib yang meninggal dunia awal tahun lalu. -Edisi UKAS