Penubuhan ATAS Pupuk Budaya Bersukan Dalam Belia

AHAD, 5 MAC 2023

KUCHING: Akademi Takraw Satok (ATAS) telah ditubuhkan bagi memupuk budaya bersukan dalam kalangan belia setempat. 

Menurut Pengerusi Kelab Sepak Takraw Satok Abang Kamarulzaman Abang Drashid, ATAS mampu membantu dalam mengelakkan golongan belia menjadi terlalu terpengaruh oleh media sosial.

“Dengan memupuk minat dan bakat belia dalam sepak takraw, pasukan sepak takraw kita juga mungkin dapat dikembangkan ke peringkat daerah, negeri dan negara,” ujarnya dalam Majlis Perasmian ATAS di sini pada Sabtu. 

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merangkap Timbalan Ketua Cawangan PBB Satok Hilmy Othman yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki telah menyempurnakan majlis tersebut. 

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Ketua PBB Cawangan Satok Ir Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie. -EDISI UKAS

add comment