ISNIN, 2 MAC 2023
BAU: Dua jambatan kecil yang roboh dan mengalami kerosakan akibat arus deras sungai semasa banjir melanda di Kampung Bobak Sejinjang akan dibaikpulih segera.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep, sejurus mendapat aduan penduduk melakukan lawatan ke lokasi kejadian pada Ahad.
Difahamkan, hujan lebat berterusan telah menyebabkan air sungai naik mendadak dan diikuti arus deras sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada jambatan kayu tersebut.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru ketika ditemui UKAS memberitahu, baikpulih jambatan dan pembentung baharu akan segera dilakukan dengan menggunakan dana peruntukkan Projek Kecil Luarbandar (MRP) supaya penduduk yang terjejas tidak lagi menghadapi terputus hubungan.
“Kerja-kerja membaikpulih jambatan besar dan membina culvert baharu untuk mengganti jambatan kayu telah diarah serta merta memandangkan tidak ada lagi akses alternatif penduduk yang tinggal disana,” katanya.
Selepas itu, Dato Henry meneruskan lawatan ke Tokong Lung Hua Kung di kawasan Musi dimana beliau kemudiannya menyerahkan cek peruntukkan MRP 2023 kepada dua persatuan belia iaitu Persatuan Tarian Singa Dan Naga Wah Wei Musi Bau serta Sarawak Kuching Musi Long Hua Gong Dragon And Lion Dance Group dengan masing-masingnya berjumlah RM3,000.-EDISI UKAS