RABU, 8 MAC 2023
SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah menganjurkan program One Stop Centre (AADK) Dan Kospen Plus (PKB) Tahun 2023.
Program tersebut adalah kerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sarikei (AADK) dan Agensi Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei (PKB).
Aktiviti dimulakan dengan taklimat berkaitan kesan penyalahgunaan dadah oleh AADK dan seterusnya taklimat intervensi kesihatan oleh PKB Sarikei.
Seramai 37 anggota balai telah hadir menjalani saringan air kencing dan saringan pemeriksaan kesihatan diadakan di ruangan bilik jentera.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan, cenderahati kepada agensi jemputan yang telah hadir dalam program berkenaan oleh Ketua Balai PPgB, Mahmudin Narudin. – EDISI UKAS