Penyeragaman Bahasa Iban Perlu, Mudahkan Penggunaan

RABU, 8 MAC 2023

KUCHING: Keunikan tersendiri Bahasa Iban yang pelbagai di Sarawak perlu diseragamkan untuk memudahkan penggunaannya.  

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata, kepelbagaian Bahasa Iban di Sarawak boleh dilihat mengikut kawasan tertentu seperti di Kuching, Samarahan dan Sri Aman. 

Mengambil contoh perbezaan itu dalam Bahasa Iban, Datuk John Sikie berkata, terdapat ayat atau perkataan berbeza dalam bahasa itu yang membawa maksud yang sama.

“Terdapat pelbagai versi bahasa iban. Yang pertama mengikut tempat, contohnya dari bahagian Kuching, Samarahan dan Sebuyau lain penggunaannya berbanding kawasan Sri Aman. Termasuk di kawasan Rajang,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa Majlis Penutupan Rasmi Bengkel Pemantapan Bahasa Iban Dalam Komunikasi 2023 di sini pada Rabu. 

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memainkan peranan utama dalam usaha menyeragamkan Bahasa Iban.

Untuk rekod, lebih kurang 40 peserta dari pelbagai agensi media yang menyertai bengkel tersebut yang melibatkan Sesi Ngentapka Sistem Sepil dalam Komunikesyen Media, Pengerembai Berita, Ubah Pemansang Jaku Iban dikena Napi Dunya Kontemporari, Teknik Nulis Ripot Berita, Pengelandik Nulis Berita, dan Pengelandik Bejaku ba Mua Mayuh. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II (Pembangunan Bakat) Datuk Francis Harden Hollis, Pengarah UKAS Samuel Simon, ketua-ketua jabatan, para peserta bengkel dan tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia