RABU, 8 MAC 2023
LIMBANG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Danau menyantuni seorang warga emas di Kampung Limpasong di sini pada Selasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, program di bawah SABERKAS Prihatin itu menyaksikan ahli-ahli SABERKAS Cawangan dan Unit bergotong-royong membaik pulih kediaman milik warga emas iaitu Juliana Abdullah.
“Ini merupakan program tahunan SABERKAS Cawangan Batu Danau iaitu dengan menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan serta sokongan.
“Sebelum ini SABERKAS juga telah menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah kebakaran di Rumah Bujang Minggan, Rantau Kiran pada bulan lepas.
“Rumah milik Juliana ini merupakan projek yang kedua untuk tahun ini,”katanya semasa ditemui media pada program berkenaan.
Paulus memberitahu, SABERKAS Sarawak memberi peruntukan sebanyak RM5,000 untuk melaksanakan program berkenaan dilakukan setiap tahun.
Katanya lagi, dengan peruntukan itu, SABERKAS Cawangan Batu Danau menggunakannya untuk membeli bahan-bahan bagi membaiki rumah Juliana.-Edisi UKAS