Pavillion Sarawak Kukuhkan Nama Sarawak Di Pasaran Eropah

KHAMIS, 9 MAC 2023

KUCHING: Penampilan sulung Pavillion Sarawak di pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia iaitu International Tourismus Borse (ITB) Berlin baru-baru ini mengukuh dan menonjolkan lagi nama Sarawak di pasaran Eropah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Pavilion Sarawak telah mencerminkan kepelbagaian di Bumi Kenyalang dan secara tidak langsung menjadikan Sarawak sebagai salah satu lokasi ekopelancongan terkemuka dan pilihan di rantau ASEAN.

Ujarnya, Sarawak juga bertuah kerana mendapat sokongan dan kerjasama daripada Authentic Borneo Tours, Borneo Adventure, Business Events Sarawak (Sarawak Convention Bureau), CPH Travel Agencies Sarawak, Greatown Travel, Happy Trails Borneo Tours, Hemisfera Hospitaliti, Paradesa Borneo termasuk Smart Leisure & Travels dalam meningkatkan keterlihatan Sarawak di mata global.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri penganjuran hari pertama ITB Berlin sekaligus menyempurnakan majlis pelancaran video destinasi baharu ‘Sarawak Now More Than Ever’ di Berlin pada Rabu.

Dalam majlis itu, Dato Sri Karim yang mengetuai seramai 24 delegasi dari Sarawak juga telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Tischler Reisen AG sebagai usaha kerjasama ke arah menjadikan Sarawak destinasi pilihan di kalangan rakyat Jerman dan pasaran Eropah.

Turut menyaksikan perjanjian tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Pengerusi STB Dennis Ngau, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datu Sherrina Hussaini, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Zainuddin Abdul Wahab serta Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman Dr Adina Kamarudin.

Sementara itu, STB dalam satu kenyataan memberitahu, Pavilion Sarawak menawarkan destinasi pelancongan, kepelbagaian budaya, makanan, serta keindahan alam semula jadinya yang tersendiri sepanjang pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mac itu. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia