JUMAAT, 10 MAC 2023
BEKENU: Pejabat Daerah Subis telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Wanita di pejabat berkenaan pada Khamis.
Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis, berkata majlis tersebut adalah untuk menghargai sumbangan warga kerja wanita di Subis sepanjang perkhidmatan mereka dengan jayanya.
Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua kakitangan Pejabat Daerah Subis.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan ‘Musical Chair’ dan penyampaian cenderahati daripada Pegawai Daerah Subis kepada semua kakitangan wanita di Pejabat Daerah Subis.
Selain itu, Norlila Ulis turut menegaskan bahawa wanita perlu peka dengan isu-isu semasa seperti isu dadah. -Edisi UKAS.