SABTU, 11 MAC 2023
LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turutn padang untuk melakukan lawatan ke beberapa tapak projek pembinaan yang sedang giat dilaksanakan di sekitar Lawas pada Jumaat.
Beliau telah melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Lawas yang baru di kawasan Banting, Lawas.
Projek menelan kos sebanyak RM3,459,676.76 itu kini telah mencapai kemajuan 82.17 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Jun 2023.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampung Ladang Baru untuk melawat pembinaan Anjung Usahawan yang hampir siap.
Datuk Amar Awang Tengah juga telah melakukan lawatan ke tapak Projek Recretional Facilities Millenium Park Loagan Datu, Lawas dan telah diberi taklimat mengenai kemajuan pembinaan kawasan tersebut oleh kontraktor yang terlibat.
Projek menelan kos sebanyak RM6,340,819 itu telah bermula pada 22 April 2022 dan dijangka siap pada 21 April 2023.
Hadir sama Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Dato Ubaidillah Abdul Latip, Jurutera Bahagian Limbang Mahathir Jokeni dan Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi.-Edisi UKAS