Padang Bola Sepak Baru Galak Masyarakat Bersukan

SABTU, 11 MAC 2023

MIRI: Penduduk di kawasan Piasau Utara di sini kini boleh beriadah dan bersukan menggunakan padang bola sepak baru yang telah siap dibina.

Majlis penyerahan prasarana itu telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang di sini pada Khamis. 

Menurut Adam Yii, prasarana ini sangat penting dalam menggalakkan masyarakat di kawasan itu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan beriadah sekali gus menyihatkan fizikal dan mental mereka. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak kontraktor untuk memberikan perhatian lebih kepada kerja-kerja penyelenggaraan selepas ini bagi membolehkan penduduk menggunakan padang ini dengan selesa.

Padang tersebut dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat duduk, tiang gol dan landasan larian untuk kegunaan penduduk setempat beriadah dan bersukan dengan selamat. 

Selain itu, padang yang terletak di pusat desa ini juga boleh digunakan untuk aktiviti pada masa hadapan seperti perlawanan bola sepak, perhimpunan dan sebagainya. 

Turut hadir Ketua Cawangan SUPP Krokop Kaunselor Vincent Huang Huat Choon dan Ketua Pemuda SUPP Pujut Kelvin Hii Shin Yang. -Edisi UKAS

add comment