Datuk Amar Awang Tengah Lawat Projek Loji Rawatan Air Merapok

AHAD, 12 MAC 2023

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama rombongan membuat lawatan projek ke Loji Rawatan Air Merapok, Lawas pada Khamis.

Projek tersebut meliputi projek Work Order 2-Proposed Upgrading of Merapok Water Treatment Plant to 2MLD dan Construction of New HLT & Other Associated works.

Kos untuk projek itu bernilai sebanyak RM13, 923,778 yang meliputi skop kerja A new 2MLD Package Water Treatment Plant Consisting of Raw Water Intake Pump, Aerator, Process Plants, Filters, Clear Water Well, Treated Water Pump House, Chemical Store, Mixing and Dosing Room, Operation Building, Laboratory, Main Switch Board Building with Stanby Genset, A New 1MLD High Level Tank, Demolish and re-Build a 4 Units Barrack and Construct a 2 Units New Barrack at Kuala Lawas Treatment Plant Compound.

Untuk rekod, setakat ini kemajuan semasa projek tersebut adalah 94.4 peratus dan ia dijangka siap pada 24 September 2023.

Datuk Amar Awang Tengah berharap dengan projek tersebut ia akan dapat membekalkan bekalan air secukupnya di kawasan Merapok dan berharap projek ini siap dengan sebaiknya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Setelah lawatan tersebut, Datuk Amar Awang Tengah bersama rombongan meneruskan perjalanan ke Kampung Dato Kuala Lawas untuk solat Maghrib di Masjid Kampung Dato Kuala Lawas.

Beliau juga berkesempatan menyantuni Hasniffiah Tanin, seorang pesakit strok dan telah menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebannya.

Hadir sama dalam rombongan tersebut ialah Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Setiausaha Politik Premier Sarawak Kr Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Dato Ubaidillah Abdul Latip, Pengurus Wilayah Utara Northern Regional Manager Tie Tun Ing, Jurutera Bahagian Limbang Mahathir Jokeni, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi serta tetamu lain.-EDISI UKAS

add comment