ISNIN, 13 MAC 2023
MIRI: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat telah menyantuni mangsa kebakaran Kampung Wireless di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di sini baru-baru ini.
Pada lawatan tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir berkesempatan meluangkan masa bersama mangsa terbabit serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Dalam pada itu, Dr Ripin berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi.
Difahamkan, kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Wireless pada pagi Jumaat telah menjejaskan sebanyak 12 keluarga melibatkan 80 mangsa.
Daripada jumlah tersebut, seramai 48 mangsa telah ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit. -EDISI UKAS