Jalan dari Kampung Tanjung Assam ke Kampung Buda, Spaoh Dibaikpulih

ISNIN, 13 MAC 2023

SPAOH: Sejumlah RM200,000 diperuntuk untuk membaikpulih jalan dari Kampung Tanjung Assam ke Kampung Buda, Spaoh yang telah rosak akibat kenderaan berat yang melalui jalan tersebut.

Sesi penyerahan tapak projek tersebut disempurnakan oleh Jurutera JKR Bahagian Betong Sandra Philip kepada Penghulu Kampung Tanjung Assam Raduan Mos bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam pada Ahad.

Tempoh pelaksanaan projek ini akan memakan masa selama enam bulan bermula dari Mac 2023 hingga September 2023. – EDISI UKAS

add comment