SELASA, 14 MAC 2023
DARO: Pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Mukah telah menganjurkan dialog bersama penuntut tanah tradisi di Kampung Itol Daro pada Selasa.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 150 buah rumah telah didirikan di atas tanah tradisi ini dan pihak JTS kini sedang giat melakukan penyukatan perimeter dan akan melaksanakan penyukatan lot kediaman supaya tidak berlaku sebarang pertikaian antara penuntut tanah.
Selain itu, perjumpaan JTS bersama penuntut tanah bertujuan menerangkan prosedur penyukatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa selain mendapatkan persetujuan bersama di antara penuntut tanah berkaitan sempadan masing-masing.
Turut hadir wakil Penguasa JTS Bahagian Mukah Nor Hafiza Abdullah, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Daro Jeana Robert, Penghulu Abu Bakar Salleh dan Ketua Kaum Hamran Badong. -EDISI UKAS