SELASA, 14 MAC 2023
SARIKEI: Pihak kontraktor Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan melakukan kerja-kerja pembukaan parit buat sementara waktu di Jalan Utama Pan Borneo Nam Kiew Sarikei bagi mengelakkan banjir di kawasan itu semasa musim hujan atau air pasang.
Tinjauan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing di situ ada Isnin mendapati jalan bersebelahan Pan Borneo belum lagi membuat perparitan kerana jalan tersebut masih belum siap sepenuhnya.
Kontraktor juga akan membina parit sementara bagi mengelakkan banjir di situ berulang semula.
Datuk Ding melakukan lawatan ke situ selepas menerima aduan daripada ketua kaum di kawasan Nam Kiew Sarikei mengenai situasi banjir yang menyebabkan kebanyakan tanaman petani di situ musnah.
Menurutnya, banjir di situ berlaku ekoran hujan lebat di beberapa kawasan terbabit.
Difahamkan, perparitan dan jalan simpang masuk ke perumahan akan dibuat semula selepas Jalan Pan Borneo di kawasan berkenaan siap sepenuhnya untuk kedua-dua belah jalan.
Datuk Ding juga menyeru kontraktor dan Ketua Kaum untuk menyelesaikan perkara tersebut demi manfaat orang ramai di situ. – EDISI UKAS