RABU, 15 MAC 2023
KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Senarai Projek di bawah agensi berkenaan pada 14 hingga 15 Mac di Kuching.
Bengkel itu bertujuan memuktamadkan projek-projek yang telah diluluskan agar pelaksanaan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan memberi manfaat kepada rakyat yang menunggu pembangunan di setiap kawasan.
Hari pertama bengkel berkenaan dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi BDDA Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan selaku Timbalan Pengerusi BDDA Dato Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Muhamad Razi Sitam.
Selain itu, ia turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, ADUN Krian Friday Belik, ADUN Kalaka Mohamad Duri, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas serta wakil-wakil ketua jabatan dan agensi pelaksana.-EDISI UKAS