Klinik Kesihatan Semop, Kuarters Dijangka Siap April Depan

RABU, 15 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Sebuah klinik baharu iaitu Klinik Kesihatan (KK) Semop serta kuarters kini sedang giat dibina di Pulau Bruit.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa berkata, pembinaan itu dijangka akan siap pada April 2023.

“KK Semop ini akan meningkatkan lagi aksesibiliti penduduk Pulau Bruit kepada perkhidmatan kesihatan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusf Abd Wahab di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Dr. Zaliha menambah, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) juga melaksanakan penambahbaikan di fasiliti kesihatan sedia ada.

“Pada tahun 2021, kerja pembaikan am dan naik taraf di KK Paloh dan naik taraf rumah kediaman kakitangan di KK Tekajong telah dilaksanakan.

“KKM akan terus memantau fasiliti kesihatan KKM dan melaksanakan penambahbaikan, tertakluk kepada peruntukan kerajaan,”ujarnya lagi.-Edisi UKAS

add comment