Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat CEO Bintulu Port Holdings Berhad Baharu

KHAMIS, 16 MAC 2023

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad yang baharu Ruslan Abdul Ghani di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Antara yang turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan Maslihah Tioh, Eksekutif Bantuan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nhaddya Wahed dan Pengurus Komunikasi Korporat Pelabuhan Bintulu Halfi Ideris.

Kunjungan hormat tersebut untuk membincangkan kerjasama Kumpulan Pelabuhan Bintulu bagi menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan di Sarawak.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penerokaan peluang pelaburan baru, juga perkongsian berpotensi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.  

Untuk rekod, Ruslan telah menyertai Pelabuhan Bintulu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu bermula 1 Mac lalu.

Beliau berazam untuk mendorong pertumbuhan dan mencipta nilai kepada pemegang saham serta pelanggan dalam memastikan syarikat akan terus kekal di barisan hadapan rantaian pelabuhan dan logistik.-Edisi UKAS

add comment