Hospital Bintulu Terima Sumbangan 40 Unit Kerusi Roda

JUMAAT, 17 MAC 2023

BINTULU: Hospital Bintulu menerima sumbangan kerusi roda sebanyak 40 unit daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak. 

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pejabat Daerah Bintulu yang mewakili Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Khamis. 

Pejabat Daerah Bintulu berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu kelengkapan hospital terutama untuk kegunaan pesakit di pelbagai wad serta untuk kegunaan orang awam.

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu, Seavers Miot Ngipa dan Penolong Pengarah (Pengurusan) Hospital Bintulu, Nor Izzah binti Marzuki. -Edisi UKAS.

add comment