Kerajaan Sarawak Setuju Beri Tanah Bagi Pembinaan Pusat Kebudayaan Masyarakat Cina Muslim

JUMAAT, 17 MAC 2023

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memberi tanah bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Masyarakat Cina Muslim di Jalan Diplomatik di Kuching.

Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Tionghua Islam Sarawak (PERKTHIS), Mortadha Lau Abdullah, pembinaan pusat itu kini ditahap perancangan seni bina dan dijangka mula pembinaan pada 2025.

Jelasnya, kos pembinaan pusat di tanah seluas 1.5 ekar itu juga masih belum lagi dimuktamadkan.

“Kami telah mendapat tanah daripada kerajaan negeri untuk membina pusat kebudayaan cina muslim. Walaupun kami golongan di Sarawak namun keprihatinan beliau menunjukan golongan kami tidak disisihkan,”katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pejabat Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya Kuching pada Jumaat. 

Turut hadir, Timbalan Presiden PERKTHIS Muhammad Luk Sulaiman dan ahli-ahli PERKTHIS yang lain.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia