JUMAAT, 17 MAC 2023
KUCHING: Pasar malam mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi dan pendapatan peniaga kecil.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, Pasar Malam Batu Kitang ini ada sebanyak 70 vendor dengan pelbagai jenis perniagaan selain daripada makanan dan minuman.
“Semoga dengan adanya Pasar Malam Batu Kitang ini, ia dapat menjadi salah satu platform memasarkan produk serta meningkatkan pendapatan peniaga kecil dari Kota Padawan dan sekitarnya.” jelasnya pada Majlis Penutupan Pasar Malam Batu Kitang di sini pada Khamis.
Pasar malam ini merupakan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Kitang bersama Persatuan Pergerakan Kemajuan (PPPK) Kota Padawan sempena Jubli Emas SABERKAS.
“Saya difahamkan pihak SABERKAS Batu Kitang mengambil kesempatan untuk mengadakan pasar malam seperti ini untuk menambahkan dan menjana pendapatan keluarga yang terjejas oleh wabak COVID-19 melalui berniaga.” ujarnya.
Katanya lagi, menjelang bulan ramadan diharapkan bazar ramadan akan diadakan bagi saudara dan saudari kita yang beragama Islam untuk menjual berbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. -EDISI UKAS