JUMAAT, 17 MAC 2023
SEBUYAU: Pejabat Daerah Sebuyau telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih Pautan Budi bersempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2023 Peringkat Daerah Sebuyau pada Jumaat.
Menerusi program tersebut, seramai lima penerima yang terdiri daripada golongan B40, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan bantuan khas.
Bantuan tersebut telah disampaikan oleh wakil Pegawai Daerah Sebuyau Noor Fazireen Yusuf yang berharap ia dapat meringankan beban penerima dan keluarga.
Program ini telah melibatkan golongan wanita di kawasan Sebuyau yang berkonsepkan (HW23)#EMRACEEQUITY menekankan pelaksanaan jiwa khidmat dalam menyantuni masyarakat.
Turut hadir ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Sebuyau Lilawati Brahim dan wakil Pegawai Daerah Sebuyau Noor Fazireen Yusuf. -EDISI UKAS