SABTU, 18 MAC 2023
BELAGA: Seramai 200 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan telah hadir memeriahkan Sambutan Hari Wanita Belaga 2023 di sini pada Sabtu.
Hujan lebat tidak mematahkan semangat peserta untuk turut serta dalam aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Belaga, Jawatankuasa Bakti Daerah Belaga, Pusat Khidmat N.65 Belaga dan P.216 Hulu Rajang, Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (Maksak) Wanita Belaga, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Belaga, Jabatan Penerangan Belaga, Kemas Belaga, Persatuan Wanita Cina Belaga dan lain-lain lagi.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pameran, fun run, persembahan zumba, cabutan tiket bertuah, pertandingan memasak dan pertandingan gubahan bunga.
Beberapa agensi kerajaan seperti Askar Wataniah, Klinik Kesihatan Belaga, Giatmara Hulu Rajang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kaunter Semakan E-Kasih telah memberi kerjasama menjayakan program ini dengan membuka pusat pameran masing-masing.
Pertandingan memasak dan gubahan bunga telah dimenangi oleh Dayang Latifah dan Salmah Daud.
Turut hadir wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.66 dan Biro Wanita daripada beberapa rumah panjang di Sungai Asap termasuklah Biro Wanita Uma Daro dan Biro Wanita Uma Badeng. -Edisi UKAS