BLGCT Pupuk Persahabatan Pemain Golf Wanita Borneo

SABTU, 18 MAC 2023

MIRI: Penganjuran Borneo Ladies Golf Challenge Trophy (BLGCT) mampu memupuk persahabatan di antara pemain-pemain golf wanita dari kepulauan Borneo.  

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei Darussalam. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak sentiasa menyokong aktiviti sukan yang memupuk persahabatan di antara pemain.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan sukan termasuk sukan golf kerana tiada aktiviti yang lebih baik untuk menjalinkan hubungan baharu, mempelajari budaya antara satu sama lain dan bertukar pandangan tentang topik yang diminati,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam Penyampaian Hadiah BLGCT Ke-21 pada Jumaat.

Dalam pada itu, Datuk Sebastian Ting mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Penganjur BLGCT 2023, Marilyn Raja-Wright serta kepada semua pemenang. -Edisi UKAS

add comment