Datuk Len Diberi Kepercayaan Teraju SABERKAS Kuala Rajang

SABTU, 18 MAC 2023

SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh terus diberi kepercayaan untuk menerajui Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Kuala Rajang. 

Keputusan sebulat suara menjadikan beliau Pengerusi SABERKAS Cawangan Kuala Rajang sesi 2023-2026 oleh perwakilan dalam Mesyuarat Agung SABERKAS Cawangan Kuala Rajang di Hotel Dragon Inn Sarikei pada sabtu. 

Untuk makluman, SABERKAS Kuala Rajang mempunyai keahlian lebih dari 1,000 ahli dan mengandungi 14 unit merangumi Sarikei, Selalang, Sare, Kerubong, Bukit Kinyau, Tanjung Manis, Belawai, Rajang, Jerijih dan Stalun.

Gandingan ahli lama dan baru dalam Jawatankuasa SABERKAS Cawangan Kuala Rajang bagi Sesi 2023-2026 ini mampu membawa lebih banyak pembaharuan serta lebih aktif khususnya bagi golongan belia dalam aktiviti kesukarelawan.

Dalam pada itu, kesinambungan kepimpinan belia dari akar umbi akan dapat mengambil alih kepimpinan dan meneruskan agenda pembangunan bagi SABERKAS Kuala Rajang pada masa depan.

Datuk Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang mengingatkan semua Ahli Saberkas Kuala Rajang agar terus memberikan kerjasama dengan pemimpin setempat agar dapat menjalankan aktiviti bersama dan menjaga nama baik Seberkas di mata masyarakat.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau memaklumkan untuk memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada SABERKAS Cawangan Kuala Rajang bagi melaksanakan aktiviti sepanjang tahun samada melalui ahli jawatankuasa (AJK) induk ataupun melalui setiap unit yang ada.-EDISI UKAS

add comment