SABTU, 18 MAC 2023
TATAU: Projek bagi merata tapak Gereja SDA Tatau yang merupakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2022 telah siap sepenuhnya.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah turun padang ke tapak projek untuk menyaksikan sendiri projek berkenaan.
Hadir sama ialah Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu Ngu Tie Hua.
Dalam pada itu, Datuk John Sikie juga telah menyerahkan dokumen projek tersebut kepada wakil gereja berkenaan Betie Pandang dalam satu majlis ringkas di sini pada Sabtu.-Edisi UKAS