23 PEDi Baharu Akan Dibuka Di Sarawak

AHAD, 19 MAC 2023

KUCHING: Sebanyak 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan dibuka di Sarawak pada tahun ini bagi menggalakkan dan meningkatkan tahap celik internet dalam kalangan rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, terdapat 133 PEDi di seluruh Sarawak setakat kini.

“Penubuhan pusat ini juga sebahagian daripada rancangan besar kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat internet di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

“Pada tahun ini kita akan menambah sebanyak 23 PEDi khususnya di Sarawak.

“Menerusi PEDi kita boleh mengajar terutamanya penduduk luar bandar bagaimana mereka boleh menggunakan internet dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat RTM Kuching di sini pada Ahad.

Teo Nie Ching tiba di Kuching pada jam 12.45 tengah hari Ahad untuk menjalankan lawatan kerja rasmi selama sehari.

Selain ke Pejabat RTM Kuching, beliau turut dijadual melawat ke Ibu Pejabat Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak dan seterusnya ke Reach Ten Teleport, Samajaya.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) telah disambut oleh Pengarah JAPEN Sarawak, Jaafar Jantan.

Turut hadir menyambut ketibaan Teo Nie Ching adalah Pengarah RTM Sarawak, Nasrul Hakim Mohd. Noh, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak Adiman Ajem, Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail, Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Sarawak Mohamad Rizal Mohd Yunus, Pengurus Besar Telekom Malaysia Bhd, Abdul Rahman Taha dan Pengurus Negeri Pos Malaysia Bhd Sarawak Bong Tung Hui. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia