50 Peserta Sertai Sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Daerah Samarahan

AHAD, 19 MAC 2023

KOTA SAMARAHAN: Sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Daerah Samarahan yang dianjurkan pada Sabtu tidak kurang meriahnya.

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan wanita dan masyarakat setempat telah meraikannya di Pejabat Daerah Samarahan.

Simbolik perasmian diadakan secara serentak dengan Sambutan Hari Wanita 2023 Peringkat Negeri Sarawak berkonsepkan ‘Embrace Equity’ di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching melalui aplikasi ‘Zoom’ yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Terdahulu, kesemua peserta telah menyertai program senamrobik sebagai dorongan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Tadbir Daerah Samarahan, Randy Claudia Nyala mewakili Pegawai Daerah Samarahan. -Edisi UKAS

add comment