Dato Gerald Luang Masa Tinjau Hari Pertama Persekolahan

ISNIN, 20 MAC 2023

BETONG: Sempena pembukaan sesi persekolahan pada Isnin, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu meluangkan masa melawat SK Nanga Ajau, Betong.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu adalah secara spontan dan tanpa dirancang namun kehadiran beliau disambut mesra oleh pihak sekolah termasuk ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak masing-masing.

Beliau seterusnya menyertai pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar SK Nanga Ajau James Ali serta Penolong Kanan Kokurikulum SK Nanga Ajau Dawi Nyua dalam mengalu-alukan kehadiran para pelajar di hadapan pintu masuk utama ke sekolah.

Dato Gerald seterusnya berkunjung ke lokasi berhampiran iaitu Pejabat Lembaga Getah Malaysia Cawangan Betong terletak di bangunan RTC Betong di Simpang Layar.

Kehadiran beliau telah disambut oleh para kakitangan yang diketuai oleh Penyelia Hairil Mohamad Tahir.

Beliau telah mengadakan perbincangan perkara-perkara berbangkit khasnya berkaitan perkhidmatan agensi berkenaan komoditi getah. – EDISI UKAS

add comment