ISNIN, 20 MAC 2023
BINTANGOR: Gereja Methodist Ming Nguong Bintangor kini mempunyai dewan serbagunanya sendiri selepas pembinaan prasarana itu siap dibina menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.
Perasmian dewan tersebut disempurnakan oleh Datuk Ding bertempat di gereja berkenaan pada Ahad.
Pada masa sama, Datuk Ding juga merasmikan Gospel Orchard Gereja Methodist Ming Nguong Bintangor yang ditanam pelbagai tanaman buah-buahan dan menjadi salah satu tarikan kepada para pengunjung.
Menurut Datuk Ding, kemudahan infrastruktur di gereja ini semakin bertambah dari masa ke masa memperlihatkan para penganut gereja memberikan kerjasama dalam membangunkan gereja berkenaan terus maju ke hadapan.
Beliau juga berharap semua penganut Gereja Methodist Ming Nguong Bintangor sentiasa menjaga dewan tersebut dengan baik agar generasi muda turut mendapat manfaat daripadanya. – EDISI UKAS