Kerjasama Polis, Masyarakat Sangat Penting

ISNIN, 20 MAC 2023

SARATOK: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Daerah Saratok diingatkan agar terus meningkatkan kerjasama dengan masyarakat sesuai dengan tema sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 2023 iaitu ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin menegaskan Polis merupakan entititi tertua dan sangat penting bagi pembangunan negara serta menyemarakkan perkembangan ekonomi.

Berucap dalam perutusan sempena Peringatan Hari Polis Peringkat Daerah Saratok di Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok pada Isnin, beliau berkata kerjasama antara Polis dan masyarakat juga sangat diperlukan bagi mendapat maklumat dan tindakan secara menyeluruh.

Sambutan Hari Peringatan Polis Peringkat Daerah Saratok turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik dan Pegawai Daerah Saratok Haron Mahidi.

Sementara itu, dalam majlis Pemimpin Bersama PDRM Polis Daerah Saratok, Mohamad Duri dan Friday masing-masing menyumbang sebanyak RM30,000 kepada kelab-kelab polis di Daerah Saratok untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun. – EDISI UKAS

add comment