Murid-Murid Teruja, Kembali Semula Ke Sekolah

ISNIN, 20 MAC 2023

SRI AMAN: Pelbagai ragam dan telatah murid-murid tahun satu dilihat pada hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Rata-rata murid-murid yang hadir ceria dengan berpakaian sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing seawal jam 6.30 pagi.

Murid-murid juga kelihatan bersemangat dan seronok kerana dapat bersemuka dengan guru serta bertemu rakan sekolah yang baharu.

Sementara itu, tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sekolah mendapati kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan menghantar dan menemani anak-anak masing-masing yang pertama kali memasuki alam persekolahan.

Sementara itu, ibu bapa yang ditemui berkata, anak-anak mereka sangat teruja untuk hadir ke sekolah.

Malah kata mereka, anak-anak mereka bangun awal dan bersemangat turun ke sekolah seawal jam 5 pagi.

Dalam pada itu, ibu bapa juga turut memberikan reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas yang dijalankan secara dalam talian sebelum ini. – EDISI UKAS

add comment