SELASA, 21 MAC 2023
SEBUYAU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) harus komited menjalankan tugas mereka di peringkat akar umbi.
Pemangku Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang berharap semua KMKK akan memastikan setiap perancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Beliau juga menyeru KMKK yang dilantik menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab agar pembangunan komuniti selaras dengan kehendak kerajaan negeri khususnya bagi melicinkan pentadbiran di peringkat kampung.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat bersama KMKK di sini pada Selasa.
Seramai 59 KMKK, Pemanca dan Penghulu telah menghadiri sesi taklimat tersebut.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Temenggong Mohad @ Geofrey Mamat Kuchei. -EDISI UKAS