MAKSAK Wanita Sarawak Sumbang RM10,000 Kepada Klinik Kesihatan Kota Samarahan

RABU, 22 MAC 2023

KOTA SAMARAHAN: Exco Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak yang diketuai Pengerusinya Datin Amar Baduyah Bujang berkesempatan menghadiri Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Wanita Sarawak Di Ambang Ramadan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan di sini pada Rabu.

Ia merupakan program yang julung kali diadakan di ambang Ramadan sebagai usaha untuk mempelbagaikan aktiviti kebajikan tahunan yang di pertanggungjawabkan kepada Exco MAKSAK Wanita Sarawak oleh MAKSAK Sarawak.

Dalam majlis sama, Datin Amar Baduyah Bujang telah menghulurkan sumbangan ikhlas MAKSAK Cares sebanyak RM10,000 kepada Klinik Kesihatan Kota Samarahan yang diwakili oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah.

Hadir sama Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Samarahan, Azilah Sitam dan Exco MAKSAK Wanita Sarawak. -EDISI UKAS

add comment