RABU, 22 MAC 2023
KOTA SAMARAHAN: Program Derma Darah 2023 Peringkat Bahagian Samarahan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) telah menerima sambutan yang baik daripada masyarakat.
Simbolik perasmian program bersempena dengan Jelajah Setitik Darah Sejuta Harapan MAKSAK dan juga Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka itu disempurnakan oleh Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang, pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan baucer bernilai RM50 kepada para penderma.
Untuk rekod, Program Derma Darah 2023 Peringkat Bahagian Samarahan ini berjaya mengumpul sebanyak 61 pain darah daripada 91 orang penderma.
Turut hadir, Pengerusi MAKSAK Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Samarahan, Azilah Sitam dan Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zannuddin Bidin. -EDISI UKAS