RABU, 22 MAC 2023
SELANGAU: Penubuhan Agensi Pembangunan RASCOM atau RASDA akan memperkasakan sektor pertanian di Sarawak sekali gus mengurangkan import makanan termasuk makanan ternakan seperti jagung dari negara luar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira, melalui RASDA pihaknya merancang untuk menanam tanaman yang dapat memberi hasil jangka pendek, sederhana dan jangka masa yang panjang.
“Kita mempunyai banyak tanah untuk dibangunkan, cuma masalahnya terdapat tanah di bawah Provosional Lease (PL) SALCA.
“Tetapi dalam tempoh yang telah lama, SALCRA tidak membangunkan kawasan ini termasuk di kawasan Sekuau dan juga Sungai Tau serta Sungai Arip, Selangau.
“Dan juga beberapa tanah di kawasan Dijih yang telah diberikan PL kepada kompeni dan ini menjadi isu kesukaran kita. Dan isu ini akan kita bawa dan bincangkan di lab ini,” katanya bercakap semasa Perbincangan Mini Lab bagi kawasan RASDA di bawah DUN Tamin pada Rabu.
Katanya, RASDA juga memfokuskan rancangan untuk menyediakan kemudahan insfastrukur terutamanya ases jalan raya yang selesa bagi seluruh kawasan ini.
RASDA ditubuhkan selepas pengumuman Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 11 Januari 2020 ketika merasmikan Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 11B di Kanowit.
Menurut Christopher, Premier Sarawak mengumumkan penubuhan RASDA pada 18 November 2022 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 Billion.
“Walaupun pada awalnya RASDA untuk kawasan penempatan semula RASCOM seperti Sekuau, Nanga Ngungun, Nanga Jagau, dan Nanga Tada tetapi diperluaskan ke kawasan Machan, Ngemah, Tamin dan Kakus.
“Datuk Aaron Ago Dagang yang merupakan Menteri Perpaduan Malaysia sebagai Pengerusi,” tambah beliau lagi.
Lebih 60 wakil dari pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Selangau, Sibu, Kanowit, Pejabat Daerah Kecil Balingian dan Tatau termasuk JKR, JBALB, STB, DID, MPOB, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Lada Malaysia, SRDC, SKMM, SMA, Pusat Khidmat ADUN Tamin dan lain-lain hadir ke sesi perbincangan dan pembentangan ini.
Perbincangan dan pembentangan melibatkan lima bahagian utama termasuk Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Kawasan RASCOM, Pembangunan Pertanian, Pembangunan Bukan Pertanian dan Pembangunan Sosial.
Dijangkakan satu Lab berkaitan RASDA ini akan diadakan pada April 2023.
Turut hadir Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami dan Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Sibu Nursyarmilla Jeruis. – EDISI UKAS