KHAMIS, 23 MAC 2023
BARAM: Sambutan Hari Wanita Sarawak 2023 Peringkat Daerah Telang Usan anjuran Pejabat Daerah Telang Usan pada tahun ini dimeriahkan dengan penyertaan 18 wanita setempat.
Kesemua peserta tersebut terdiri daripada ketua jabatan atau wakil ketua jabatan daripada pelbagai agensi kerajaan Sarawak dan Persekutuan di Long Lama.
Beberapa aktiviti sampingan telah diadakan seperti Ceramah Kesedaran Pemeriksaan Kanser Pangkal Rahim dan Kanser Payudara serta Pemeriksaan Pap Smear telah diadakan untuk merancakkan lagi suasana program ini.
Manakala, Hari Wanita 2023 telah disambut serentak di seluruh Sarawak baru-baru ini dan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kuching. -EDISI UKAS