Datu Hii Chang Kee Lakukan Lawatan Kerja Ke Talikhidmat ‘Call Centre’

KHAMIS, 23 MAC 2023

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee telah mengadakan lawatan kerja ke Talikhidmat ‘Call Centre’, Sarawak Information System Sdn. Bhd (SAINS) di sini pada Khamis.

Ketibaan Datu Hii Chang Kee telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SAINS Dato Dr. Anderson Tiong dan beberapa pegawai kanan SAINS.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan sendiri bagaimana Talikhidmat ‘Call Centre’ beroperasi sekaligus mengadakan perjumpaan bersama dengan operator yang bertugas di pusat panggilan berkenaan.

Datu Hii Chang Kee turut diberikan taklimat ringkas mengenai maklum balas awam melalui sistem talikhidmat oleh pihak SAINS dan beliau berkesempatan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan maklum balas awam yang efektif.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon dan pegawai-pegawai daripada Seksyen Pengurusan Talikhidmat, Hebahan Awam dan Penerbitan, UKAS. -EDISI UKAS

add comment