Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Cawangan Balingian Sesi 2023-2026

KHAMIS, 23 MAC 2023

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi telah menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Cawangan Balingian Bagi Sesi 2023-2026 di Dewan Suara Mukah pada Sabtu lepas.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh beliau sendiri berserta Naib Pengerusi I Munir Din, Naib Pengerusi II Hafizzul Abdul Halim, Setiausaha Muhamad Tarmizi Karnain Abdah, P. Setiausaha I Tr Boney Kinsun, P. Setiausaha II Abdul Zaid Jahui, Bendahari, Ardyman Matan @ Henry, Ahli Jawatankuasa (AJK), Nur Afidah Akim, Fadzillah Zaffarin, Azizi Anyut, Norjan Liau, Shabri Kadir dan Dr. Normy Kunyo.

Dalam sesi menyuarat itu, beliau menyatakan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) merupakan sebuah pertubuhan belia yang sangat aktif yang berperanan membangunkan golongan tersebut di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar unit-unit di bawah Cawangan Balingian itu terus aktif dalam pelaksanaan apa jua aktiviti.

“Sebanyak 18 program telah pun dilaksanakan di kawasan Balingian.

“Ini termasuklah khidmat komuniti semasa wabak Covid-19,” katanya.

add comment