KHAMIS, 23 MAC 2023
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyerahkan surat pelantikan kepada Elizabeth Loh sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang baharu di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.
Dalam majlis sama, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut menyerahkan surat pelantikan kepada Sirai Daha sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang baharu.
Elizabeth Loh menjawat jawatan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak bagi menggantikan Datu Antonio Kahti Galis yang bersara.
Manakala, Sirai Daha yang menjawat Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak pula menggantikan Datu Edwin Abit yang bersara. -EDISI UKAS