JUMAAT, 24 MAC 2023
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat perlu lebih stabil dan utuh untuk menjamin kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata, ini selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang perlu diberi tumpuan.
Menurutnya, kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.
“Benteng pemisah dalam sistem persekolahan yang berlandaskan kaum hanya menyukarkan usaha memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum kerana pergaulan anak-anak sekolah dengan kaum lain dibataskan,” katanya semasa perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara pada Khamis.
Dalam pada itu, Senator Rita menegaskan, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi kemiskinan tegar bagi mencapai kemiskinan tegar sifar pada 2025.
Menurutnya, berdasarkan statistik pertengahan tahun lepas, terdapat 136,000 isi rumah yang miskin tegar yang berpendapatan kurang darpada paras pendapatan garis kemiskinan.
Sementara itu, beliau mencadangkan agar Kementerian Perladangan dan Komoditi teruskan memberi sudsidi tersebut secara bersasar kepada kumpulan B40.
Beliau turut menyuarakan tentang pembangunan luar bandar tertumanya pembinaan jalan raya di Sarawak.
“Saya juga memohon agar kerajaan jangan lupa untuk membina jalan raya di kawasan-kawasan pedalaman, di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan,” katanya lagi. -EDISI UKAS