Syarikat Pembalakan Diseru Tunai CSR, Bantu Masyarakat

SELASA, 28 MAC 2023

SONG: Syarikat pembalakan di sini diseru agar menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Saranan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan sambil berharap syarikat korporat seperti Ta Ann dapat menyumbang sesuatu yang lebih besar seperti dewan atau bilik kelas di sekolah memerlukan khususnya di Song.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 Daerah Song bertempat di Balai Raya Song pada Selasa.

Lidam turut mengucapkan terima kasih kepada Pasin Ta Ann Sdn Bhd yang menyumbang insentif bagi menyuntik semangat pelajar agar terus berusaha dengan lebih gigih.

Seramai 97 pelajar lepasan SPM menerima insentif tersebut berupa RM50 untuk setiap 1A dengan pecahan 50 pelajar SMK Song, 24 pelajar SMK Katibas dan 23 pelajar SMK Song No.2. – EDISI UKAS

add comment