Projek Lapangan Rekreasi Limbang Dijangka Siap Julai Ini

JUMAAT, 31 MAC 2023

LIMBANG: Projek Lapangan Rekreasi Limbang yang terletak di Lapangan Terbang Lama Limbang dijangka siap pertengahan bulan Julai tahun ini. 

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, kemudahan tersebut adalah penting bagi menambah kemudahan masyarakat Daerah Limbang untuk berekreasi, beriadah dan mengadakan sukan lasak seperti ‘drag race’yang diminati oleh para belia. 

“Pihak kontraktor memberikan jaminan projek tersebut boleh disiapkan lebih awal disebabkan prestasi pelaksanaan projek semasa sekitar 87 peratus berbanding jadual 63 peratus,”katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke tapak projek berkenaan di sini pada Khamis. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu percaya dengan siapnya projek tersebut, ia akan menambah tempat pilihan riadah di Limbang dan boleh dijadikan sebagai salah satu lagi daya tarikan pelancong ke daerah tersebut. 

Oleh itu, beliau berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek itu akan berusaha menyiapkannya dan dapat memenuhi hasrat penduduk Limbang. 

Sejurus lawatan itu, Datuk Dr. Abdul Rahman kemudiannya melakukan lawatan ke tapak Projek Dataran Bandar Limbang yang mengalami kelewatan penyiapannya disebabkan oleh masalah tanah di tapak projek. 

Beliau berharap masalah itu akan dapat diselesaikan segera supaya projek itu dapat diteruskan semula. 

Projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) berjumlah RM1.5 juta itu melibatkan kerja-kerja penaiktarafan kawasan padang Majlis Daerah Limbang dan penambahan bilangan lot parkir untuk kegunaan awam. 

Terdahulu, Datuk Dr. Abdul Rahman telah melawat ke tapak projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Kampung Buangsiol dan mendengar pandangan penduduk kampung mengenai pembinaan projek yang berjumlah RM450,000 itu. 

Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Limbang Jamalie Busri, wakil Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang Jessica Anja Christopher Jantan, Jurutera Bahagian Kejuruteraan Awam Majlis Daerah Limbang Wong Tiing Huo, dan Ketua Kampung Buangsiol Omar Ali.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia