Dua Institusi Kebajikan Terima Sumbangan Hari Raya Dari SEDC Sarawak

RABU, 5 APRIL 2023

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak  (SEDC) Sarawak memberi sumbangan berupa duit raya dan barangan kelengkapan harian kepada seramai 71 orang anak yatim dari dua buah institusi kebajikan.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching dan Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Grand Margherita (HGM) Kuching pada Rabu.

Majlis yang diadakan itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEDC Sarawak yang diadakan untuk golongan kurang bernasib baik termasuk anak-anak yang berteduh di bawah Rumah Kanak- kanak ini.

Dalam program ini, turut diadakan majlis berbuka puasa serta solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih. 

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Pengerusi SEDC Sarawak Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain dan Pengurus Besar SEDC Sarawak Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia