Dua Gelanggang Futsal Siap Dibina Di Kabong

KHAMIS, 6 APRIL 2023

NYABOR: Dua gelanggang futsal telah siap dibina di Rumah Engkasan, Sungai Pasir dan Rumah Jali, Lubuk Pisang, Nyabor.

Projek yang dibina melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong masing-masing bernilai RM400,000 telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah menghadiri majlis penyerahan projek itu kepada penduduk rumah panjang berkenaan bertempat di Rumah Engkasan dan Rumah Jali, Nyabor pada Rabu.

Dalam majlis itu, beliau menyatakan kewujudan gelanggang futsal ini akan memberi kemudahan kepada penghuni rumah panjang tersebut untuk menjalankan aktiviti kesukanan.

“Pembinaan gelanggang ini turut memberi manfaat kepada beberapa rumah panjang lain di sekitar kawasan itu,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Saratok Johan Rahman serta wakil dari Majlis Saratok.-EDISI UKAS

add comment