MRSC Teruskan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Tanjung Jerijih

KHAMIS, 5 APRIL 2023

BELAWAI: Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching meneruskan Operasi Carilamat seorang lagi mangsa bot  karam yang masih belum ditemui di Perairan Tanjung Jerijih dan Belawai pada Rabu.

MRSC Kuching telah mengaktifkan Operasi Carilamat pada 4 April 2023, Selasa jam 12.46 tengahari setelah sebuah bot dengan nombor pendaftaran SF2-2088 bersama enam kru kesemuanya lelaki dilaporkan karam di perairan Tanjung Jerijih pada jarak lebih kurang tujuh batu nautika.

Pusat itu menerima laporan menerusi panggilan telefon daripada seorang pengadu mengenai kejadian terus mengarahkan Bot Petir 82 yang sedang beroperasi di sekitar Tanjung Manis telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

Di samping itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Jeti LKIM Belawai bersama Maritim Malaysia, Tanjung Manis, Bomba, Polis Marin dan APM.

Untuk rekod, seramai lima orang mangsa telah berjaya dijumpai dan selamat berada diatas bot nelayan pada jarak lebih kurang lapan batu nautika dari posisi bot dilaporkan karam iaitu berdekatan dengan Pantai Belawai manakala seorang lagi kru iaitu Wong Pak Wei berusia 25 tahun masih belum ditemui.

Menurut mangsa yang terselamat, bot mereka dilanda ribut akibat cuaca buruk ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang, 3 April, Isnin lalu mereka sempat menyarung jaket keselamatan sebelum terjun ke laut.

Kelima-lima mangsa yang selamat dimaklumkan berapung berdekatan sesama kru sehingga dijumpai oleh bot nelayan yang berhampiran namun demikian seorang lagi mangsa tidak kelihatan dikhuatiri berpecah dari kumpulan tersebut.

Nama mangsa yang selamat ialah Mahamad Obeng, Mohamad Syafiq Shahzwan Sulaiman, Wong Pak Wei, (warganegara) Agus Supridi, Johari (Indonesia) dan Apek (Mynmar).

Dalam pada itu, keluasan kawasan pencarian meliputi seluas 20 batu nautika yang melibatkan dua aset Bot Petir 82 dan Bot Perkasa 25 dari Maritim, Kapal PSC 55 dari Polis Marin.

Operasi Carilamat juga dibantu oleh tujuh orang ahli Pasukan Penyelam dari Bomba Zon Sibu untuk membuat selaman di posisi bot karam sekiranya cuaca mengizinkan dan tiga buah bot nelayan yang tempatan.

Terdahulu, satu sidang media telah diadakan oleh Pengarah Zon Maritim Tanjong Manis Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang bagi menjelaskan situasi semasa Operasi Carilamat yang sedang dijalankan.

Beliau mengatakan Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia