SABTU, 8 APRIL 2023
SERIAN: Pasukan ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) di bawah seliaan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Pejabat Premier Sarawak bakal melaksanakan Program Spot Vaksinasi Anti-Rabies Bahagian Serian.
Program yang akan dilaksanakan pada 11 April 2023 jam 10 pagi di Kampung Pichin itu adalah bagi meneruskan usaha mengawal penularan penyakit Rabies.
Untuk makluman, pemberian suntikan vaksin Rabies adalah secara percuma untuk anjing sahaja dan anjing yang ingin dihantar untuk suntikan vaksin tersebut perlu memenuhi kriteria seperti berumur 3 bulan dan ke atas; tidak mengandung; berada dalam keadaan sihat, pemilik perlu membawa bersama kad pengenalan; dan bawa kad vaksin yang sedia ada jika anjing pernah divaksin.
Selepas anjing divaksin, pastikan anjing tidak diberi mandi selama seminggu dan dikuarantin selama 28 hari untuk membina imuniti terhadap penyakit Rabies.
Pihak IBET memohon orang ramai memberikan kerjasama menghantar anjing peliharaan masing-masing untuk suntikan vaksin Rabies bagi mengekang penularan penyakit tersebut. -EDISI UKAS