‘Lan Berambeh Sungkei’ Perdana 2023 Di Sibu Terus Meriah

AHAD, 9 APRIL 2023

SIBU: Keadaan Dataran Tun Tuanku Bujang yang basah dan becak akibat hujan tidak menghalang orang ramai di Sibu untuk memeriahkan Program ‘Lan Berambeh Sungkei’ Perdana 2023 yang diadakan pada Sabtu.

Orang ramai yang datang untuk berbuka mengambil inisiatif membentang tikar getah dan kanvas di atas rumput dan laluan pejalan kaki bagi memudahkan mereka menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan di dataran tersebut.

Program anjuran pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka itu sememangnya sangat dinanti-nanti oleh masyarakat setempat semasa bulan Ramadan.

Ketika ditemui media, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata beliau sangat gembira kerana program yang bermula sejak 2017 itu masih diteruskan dan terus mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai kaum di Sibu.

“Program ini telah dijalankan sejak tahun 2017 dan sehingga sekarang masih diteruskan.

“Pada awalnya saya agak risau kerana hujan turun sejak jam 2-3 petang, bagaimanapun orang tetap hadir setelah hujan berhenti pada petang ini,” katanya.

Seperti tahun lepas, kira-kira 10,000 warga Sibu dari pelbagai lapisan hadir pada program kali ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut mencadangkan kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) supaya menyediakan khemah atau kanopi pada tahun hadapan bagi memudahkan orang ramai berbuka puasa.

“Saya telah berbincang dengan Pengerusi MPS Clarence Ting, bahawa kita mungkin perlu memasang kanopi di sekeliling di dataran ini supaya tidak ada masalah risau dengan hujan.

“Kalau hari tidak hujan, mereka boleh berbuka puasa di tengah padang, jika hari hujan mereka boleh berteduh di bawah kanopi,” jelasnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Residen Sibu, agensi-agensi kerajaan serta persatuan-persatuan bukan beragama Islam yang hadir begitu ramai untuk menjayakan program itu.

Turut hadir Menteri Perpaduan merangkap Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Kaunselor Clarence Ting Ing Horh. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia