1,002 Warga Miri Terima Manfaat Menerusi Program Sejambak Kasih Aidilfitri 2023

SELASA, 11 APRIL 2023

MIRI: Seramai 1,002 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bahagian Miri menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menerusi Program Sejambak Kasih.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 100 orang menerima manfaat tambahan yang mana mereka akan mendapat sumbangan hamper daripada Hotel Dynasty Miri yang bernilai RM150 bagi satu hamper.

“Untuk setiap perayaan, kami akan memberi bantuan tambahan kepada penerima bagi meraikan perayaan tersebut.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terutama bagi klien -klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menerima bantuan kewangan bulanan dan tibanya musim perayaan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2023 di Perkarangan Hotel Dynasty, Miri pada Selasa.

Dato Sri Fatimah memberitahu, Hotel Dynasty Miri telah bekerjasama dengan JKM Sarawak selama 21 tahun bagi melaksanakan Program Jalinan Kasih dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Majlis seperti ini telah dilaksanakan 21 tahun dengan kerjasama antara JKM Sarawak dengan Hotel Dynasty Miri. Kami sangat berterima kasih kepada pihak hotel kerana kerjasama  yang telah dijalinkan sekian lama.

“Tentu sekali ia banyak memberi manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan Miri.

“Setiap tahun 100 orang mendapat manfaat  untuk satu majlis.

“Dalam setahun kita ada tiga buah majlis diadakan iaitu Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina, Majlis Sejambak Kasih Gawai dan Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,”ujar beliau lagi.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pelancongan,  Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau Dato Sebastian Ting Chiew Yew, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri Tony Pui, Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Noriah Ahmad dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Pengiran Mohammad Najib Pengiran Mohamad.-Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia