SELASA, 11 APRIL 2023
MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang telah mengagihkan sebanyak 100 bubur lambuk di Surau Darul Hijrah Piasau Utara di sini pada Sabtu.
Program anjuran Surau Darul Hijrah Piasau Utara ini adalah salah satu usaha untuk menyokong tradisi keagamaan masyarakat tempatan sempena bulan Ramadan.
Difahamkan, acara seumpamanya diadakan setiap tahun untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah dan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, Adam Yii menaruh harapan agar tradisi keagamaan seperti ini dapat terus dikekalkan dan disokong oleh masyarakat setempat.
Hadir sama, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut, Kelvin Hii Shin Yang. -EDISI UKAS